Bangunkan “Telegram Bot” Anda Sendiri – Bahagian 3/3

Di akhir bahagian 2, kita telah mencipta arahan/command bagi semua kandungan yang ingin dipaparkan dalam bot. Semua arahan/command  ini akan dipadankan dengan menu. Secara umum, arahan/command adalah apa yang dilihat oleh pembangun, menu adalah apa yang dilihat oleh pengguna.

Di bahagian 3, iaitu bahagian tearkhir, kita akan cipta menu yang sesuai dan padankan dengan arahan/command yang telah dibuat sebelum ini.

1- Sila buka bot yang telah kita bangunkan sebelum ini dan pilih menu Custom Commands.

2- Selepas itu, sila pilih Config. Main Menu.

3- Pilih + Add Menu Item +.

4- Pilih arahan/command  yang pertama iaitu /siapamuhammad. Kita akan mencipta menu pertama yang akan dipadankan dengan arahan/command  /siapamuhammad.

5- Masukkan nama menu yang sesuai. Juga boleh dimasukkan ikon sebagai hiasan. Saya menggunakan “Siapa Muhammad?” untuk dipadankan dengan arahan/command /siapamuhammad. Sila tekan enter/send.

6- Menu “Siapa Muhammad?” telah berjaya dicipta. Teruskan dengan menu yang lain dengan pilih + Add Menu Item +

7- Menu seterusnya yang dicipta adalah “Kehidupan Baginda”. Menu ini dicipta dengan cara yang sama seperti di atas. Memandangkan menu ini mempunyai submenu, sila pilih menu “Kehidupan Baginda” terlebih dahulu untuk mencipta submenu.

8- Pilih “Kehidupan Baginda” lagi sekali.

9- Pilih + Add Menu Item +.

10- Pilih arahan/command  yang berkenaan iaitu /kelahiran dan masukkan nama menu yang sesuai seperti “Kelahiran” dan tekan enter/send.

11- Ulang proses yang sama untuk submenu “Remaja” dan “Rumahtangga” yang merupakan submenu kepada menu “Kehidupan Baginda

12- Pilih Go Back untuk kembali ke menu utama.

13- Menu “Tentang Pembangun” juga mempunyai submenu, jadi proses yang sama seperti  menu “Kehidupan Baginda“. Pilih “Tentang Pembangun“.

14- Pilih “Tentang Pembangun” lagi sekali.

15- Pilih + Add Menu Item +.

16- Cipta menu-menu seperti berikut.

Dah habisssss. Semoga tutorial ini dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin bangunkan bot telegram sendiri. Sebarang masalah boleh PM melalui facebook https://www.facebook.com/muhammadhazratismail atau whatsapp 0124390710.

Semoga berjaya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *