Konsep Asas Pemikiran Komputasional

Konsep Asas Pemikiran Komputasional dapat membantu murid menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik. Melalui Bidang Pembelajaran ini murid dengan mudah dapat menyelesaikan masalah kompleks melalui… Read more »

Perwakilan Data

Perwakilan Data diperkenalkan kepada murid untuk menunjukkan data diwakili dalam bentuk sistem penomboran dan skema pengekodan bagi membolehkan manusia berinteraksi dengan komputer.

Algoritma

Bidang ini merangkumi kaedah membina algoritma melalui pseudokod dan carta alir. Murid dapat menerangkan penggunaan algoritma, membangunkan algoritma dan menggunakan algoritma dalam penyelesaian masalah dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian.

Kod Arahan

Kod Arahan merangkumi konsep dan elemen asas pengaturcaraan serta atur cara mudah. Bidang ini melatih murid membina pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah melalui penggunaan aplikasi pengaturcaraan.