Mencipta Borang Atas Talian Menggunakan Google Form – Bahagian 2/2

Sebelum anda memulakan rujukan bahagian 2 ini, pastikan anda telah membaca bahagian 1 dan fahami dengan jelas keperluan dan fungsi utama Google Form.

Di bahagian ini, kita akan ikuti langkah demi langkah dari mula sebelum mencipta borang sehingga bahagian terakhir iaitu bagaimana borang yang telah siap dikongsi untuk dijawab oleh pengguna.

1- Log masuk akaun Google atau Gmail yang telah berjaya didaftar. Buka www.gmail.com dan masukkan emel dan kataluan.

2- Berikut merupakan antaramuka emel bagi akaun Gmail. Di bahagian atas kanan, terdapat 1 ikon berupa 9 kotak kecil iaitu merujukan kepada pautan untuk membuka semua Google Apps atau Aplikasi Google. Klik pada ikon tersebut.

3- Pilih Drive atau merujuk kepada aplikasi Google Drive.

4- Berikut merupakan antaramuka aplikasi Google Drive. Di bahagian atas kiri terdapat satu butang New. Klik pada butang New tersebut.

5- Pilih Google Form, atau sekiranya tidak terdapat dalam senarai di hadapan, bawa mouse ke more, seterusnya Google Forms dan pilih Blank Form.

6- Satu tetingkap baru akan dibuka. Antaramuka tersebut adalah aplikasi Google Forms, dimana disini kita akan mencipta borang. 1- Masukkan nama atau tajuk bagi borang anda, 2- Klik pada ruangan atas kiri untuk jadikan nama atau tajuk borang anda sebagai nama fail untuk disimpan dalam Drive.

7- Pilih ikon Customize Theme untuk mengubah paparan antaramuka borang anda. Anda boleh mengubah warna, tema atau meletakkan imej pada borang anda.

8- Contoh tetapan tema yang anda boleh buat.

9- Kita beralih kepada soalan yang pertama. Bagi soalan pertama, saya menggunakan contoh “Nama” dan saya memlih “Short answer” sebagai jenis soalan. Boleh rujuk Bahagian 1 untuk memahami semua jenis soalan.

10- Berikut merupakan maklumat fungsi bagi setiap menu :
1. Untuk menambah item soalan.

2. Untuk memasukkan/menukar tajuk dan penerangan.

3. Untuk memasukkan imej.

4. Untuk memasukkan video.

5. Untuk membuat bahagian (section) soalan.

11- Berikut merupakan contoh soalan berjenis pelbagai pilihan jawapan.

12- Setelah selesai membuat semua soalan, langkah seterusnya adalah melihat paparan yang akan dilihat oleh pengguna. Klik pada ikon mata atau preview.

13- Berikut merupakan paparan yang akan dilihat oleh pengguna.

14- Sekiranya kita telah berpuas hati dengan paparan borang yang dibuat, langkah seterusnya adalah membuat tetapan di menu settings. Klik pada menu tersebut.

15- Di bahagian General, terdapat beberapa tetapan yang boleh dibuat sebelum soalan mula digunakan atau diedarkan. Antara tetapan yang boleh dibuat adalah :

1. Collect email addresses – Jika kita berhasrat untuk mengumpul semua emel pengguna yang menjawab soalan kita.

2. Requires sign in – Kita boleh memilih samaada hanya pengguna dalam organisasi yang sama sahaja yang boleh menjawab atau kita buka kepada sesiapa sahaja. \

Kita juga boleh memilih untuk menghadkan kepada sekali sahaja untuk setiap pengguna menjawab soalan.

3. Respondents can – Kita boleh menetap samaada pengguna masih boleh ubat jawapan setelah mereka hantar atau tidak. Selain itu, kita juga boleh memilih samaada ingin membenarkan pengguna melihat statistik dari semua dapatan.

Klik butang Save setelah semua tetapan dibuat.

16- Langkah terakhir sebelum soalan diedarkan adalah dengan klik pada butang Send.

17- 3 kaedah yang biasa digunakan untuk mengedar borang yang telah adalah :

  1. Terus emel borang tersebut kepada pengguna. Masukkan emel pengguna dan mesej yang ingin disampaikan dan klik pautan Send.

2. Kaedah kedua adalah dengan mendapatkan pautan kepada soalan kita. Kita juga boleh pendekkan pautan tersebut dengan pilih Shorten URL di ruang yang diberikan.  Salin URL tersebut untuk diedarkan melalui media sosial dan lain-lain.  Klik Copy untuk salin.

3. Kaedah yang ketiga adalah sekiranya kita ingin memasukkan borang kita kedalam blog atau laman web menggunakan HTML. Pilih menu <> dan dapatkan pautan di bahagian tersebut. Klik Copy untuk salin.

Tahniah. Anda telah berjaya menyiapkan borang atas talian menggunakan Google Form. Bagi sesiapa yang belum mengikuti tutorial bahagian 1, boleh klik pada pautan dibuat. Semoga berjaya.

Bahagian 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *