Mencipta Borang Atas Talian Menggunakan Google Form – Bahagian 1/2

Di bahagian 1 ini, kita akan memahami terlebih dahulu apa kandungan dan fungsi utama yang terdapat dalam Google Form dan keperluan sebelum kita memulakan mencipta borang atas talian ini.

Antara perkara yang perlu difahami adalah :

1- Kita perlu mempunyai akaun google atau gmail. Jika belum mempunyai akaun gmail, anda boleh mendaftar secara percuma di https://accounts.google.com/signup/v2

2- Borang yang dibuat boleh disesuaikan dengan pelbagai kegunaan samaada di bidang pendidikan, pengurusan organisasi atau secara umum. Kita mempunyai pilihan untuk menyimpan sahaja borang yang dibuat, berkongsi dalam organisasi sahaja, berkongsi dengan orang yang kita pilih sahaja atau borang tersebut boleh dipilih untuk disetkan kepada umum atau sesiapa sahaja yang mempunyai pautan kepada borang tersebut boleh mengisi maklumat yang diperlukan.

3- Kita perlu kenalpasti jenis soalan yang disediakan dalam Google Form. Jenis soalan bermaksud, jenis input yang boleh atau perlu dimasukkan oleh pengguna. Antara jenis soalan adalah :

  • Short answer atau jawapan ringkas/pendek,
  • Paragraph untuk jawapan panjang atau lebih kepada karangan,
  • Multiple Choice untuk soalan yang mempunyai banyak pilihan jawapan tetapi pengguna hanya boleh pilih 1 jawapan sahaja,
  • Checkboxes untuk soalan yang mempunyia banyak pilihan jawapan dan pengguna boleh memilih lebih dari satu jawapan,
  • Dropdown sama seperti Multiple Choice dimana pengguna hanya boleh memilih 1 jawapan sahaja dari senarai jawapan yang disediakan,
  • File upload membenarkan pengguna memuatnaik fail melalui borang anda,
  • Linear scale atau skala linear untuk pilihan dari paling positif kepada paling negatif,
  • Multiple choice grid dan Checkbox grid lebih kurang sama seperti Multiple Choice dan Checkboxes,
  • Date untuk pengguna memasukkan tarikh dan
  • Time bagi pengguna memasukkan masa.

Jadi, dalam mencipta borang, kita perlu melihat kesesuaian jenis input yang perlu dimasukkan oleh pengguna. Kurangkan input yang memerlukan pengguna menaip dan lebihkan input yang pengguna hanya perlu memilih dari jawapan yang disediakan.

4- Seterusnya adalah soalan wajib jawab atau “required question“. Kita bebas menetapkan soalan tersebut wajib dijawab atau tidak. Hanya dengan memilih Required , soalan tersebut telah menjadi soalan wajib dan ditandakan “*” sebagai rujukan.

5- Setiap jenis soalan disediakan satu fungsi hebat iaitu kita boleh mengawal input pengguna. Sebagai contoh, jenis soalan Short answer, kita hanya mahukan pengguna memasukkan nombor, selain dari nombor, borang tidak akan terima input tersebut. Selain itu, sebagai contoh soalan jenis Checkboxes. Seperti yang kita tahu, soalan jenis Checkboxes pengguna boleh memilih lebih dari 1 jawapan tetapi kita mahu tetapkan pengguna tidak boleh pilih lebih dari 3, jadi kita boleh menggunakan fungsi Response Validation untuk tujuan ini.

6- Google Form juga menyediakan fungsi “Section” dimana kita boleh mencipta borang bahagian demi bahagian. Dalam erti kata lain, 1 bahagian boleh terdapat beberapa soalan dan dalam 1 borang, boleh terdapat lebih dari 1 bahagian. Apa yang istimewa, kita boleh mengawal samaada pengguna perlu mengisi semua bahagian atau sesetengahnya sahaja. Sebagai contoh, di bahagian 1, ada soalan yang memerlukan pengguna menjawab soalan selanjutnya di bahagian 2 sekiranya pengguna memilih sesuatu jawapan yang ditetapkan. Dalam bahasa mudah, kita boleh tetapkan jika pengguna menjawab jawapan A di bahagian 1, pengguna perlu meneruskan di bahagian 2 atau sebaliknya, sekiranya pengguna menjawab selain dari jawapan A, penggun boleh langkau/skip bahagian 2.

7- Di mana borang yang telah dibuat atau sedang dibuat disimpan?Borang yang dibuat adalah “Automatically Saved“, jadi kita tidak perlu risau kerana semua borang ini disimpan dalam Google Drive melalui akaun Google yang kita log masuk.

Sambungan Bahagian 2 untuk “Tutorial bangunkan borang atas talian menggunakan Google Form.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *