Bangunkan “Telegram Bot” Anda Sendiri – Bahagian 2/3

Diakhir bahagian 1, anda sepatutnya telah berjaya mencipta akaun bot telegram anda. Bot ini boleh diakses dengan enjin carian Telegram dengan hanya memasukkan nama bot “hazratspecial_bot” dan pengguna boleh mula langgan/subscribe bot anda sedang anda boleh teruskan mengemaskini bot anda.

Di bahagian 2 ini, kita akan lengkapkan semua arahan/command yang diperlukan. Seperti yang dirancang, kita akan menggunakan diagram dibawah sebagai rujukan.

Senarai arahan yang diperlukan adalah :

  • /siapamuhammad
  • /kehidupan
  • /kelahiran
  • /remaja
  • /rumahtangga
  • /kerasulan
  • /marhalahdakwah
  • /cabaran
  • /tentangpembangun
  • /hubungi
  • /maklumbalas
  • /cadangan

Setiapa arahan/command akan bermula dengan tanda “/”. Dan setiap arahan merujuk kepada kandungan yang hendak dipaparkan kepada pengguna samaada teks, imej, gambar atau fail.

Mari kita mulakan.

1- Buka semula bot yang telah kita create pada bahagian 1 dan kita boleh lihat menu berikut terdapat pada bot tersebut. Sila pilih Custom Commnads.

2- Selepas itu, pilih Create Command.

3- Taip arahan/command yang pertama iaitu “/siapamuhammad” dan tekan enter/send.

4- Masukkan mesej/kandungan bagi arahan/command yang pertama /siapamuhammad di ruangan Write a message. Saya copy/paste maklumat dari laman https://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad dan tekan enter/send. Anda boleh memasukkan sebanyak mana maklumat/mesej/kandungan yang anda perlukan. Dan setelah selesai memasukkan semua maklumat/mesej/kandungan untuk arahan/command  ini. Sila pilih Save.

5- Setiap arahan/command yang berjaya, anda akan diberikan mesej seperti dibawah. Ulang prosedur ini untuk semua arahan.

6- Arahan/command  yang berjaya akan di senaraikan di bahagian ini.

7- Masukkan arahan seterusnya, /kehidupan dan tekan enter/send.

8- Masukkan mesej/kandungan bagi arahan/command /kehidupan di ruangan Write a message dan tekan enter/send. Dan setelah selesai memasukkan semua maklumat/mesej/kandungan untuk arahan/command  ini. Sila pilih Save.

9- Arahan/command seterusnya adalah /kerasulan.

10- Bagi arahan ini, saya masukkan gambar sebagai kandungan untuk dipaparkan kepada pengguna. Pilih ikon imej dan pilih imej yang berkaitan dan tekan enter/send.

11- Saya masukkan teks sebagai kandungan tambahan. Setelah selesai, tekan enter/send dan Save.

12- Ulang prosedur yang sama untuk semua arahan/command. Arahan/command seterusnya adalah /maklumbalas yang mana pengguna boleh memberi maklumbalas dengan hanya memilih pilihan yang ada. Taip /maklumbalas dan tekan enter/send.

13- Sila pilih Add Question.

14- Sila pilih Multiple choice.

15- Masukkan soalan yang sesuai dan tekan enter/send.

16- Masukkan pilihan jawapan. 1 pilihan di setiap baris dan tekan enter/send.

17. Setelah selesai memasukkan soalan dan jawapan. Tekan Save.

18- Arahan/command seterusnya adalah /cadangan dimana pengguna boleh memasukkan input dalam bentuk teks, imej atau fail sebagai memberi cadangan. Taip /cadangan dan tekan enter/send.

19- Sila pilih Simple question.

20- Masukkan soalan yang sesuai dan tekan enter/send. Pilih Save setelah selesai.

21- Alhamdulillah, kita telah berjaya menyiapkan semua arahan yang mengandungi pelbagai kandungan antaranya :

  • Teks sahaja
  • Teks dan imej
  • Pilihan jawapan
  • Input dari pengguna

Senarai arahan/command yang telah berjaya dibuat akan disenaraikan seperti dibawah.

Tamat bahagian ke 2 dan nantikan bahagian ke 3 dan terakhir untuk menu. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *