Bangunkan “Telegram Bot” Anda Sendiri – Bahagian 1/3

Sebelum kita mulakan, terdapat banyak pilihan untuk kita bangunkan “Bot Telegram” kita sendiri. Antaranya melalui Web Telegram, Aplikasi Komputer Telegram atau Aplikasi Telefon Pintar Telegram. Apa yang penting adalah, anda perlu mempunyai akaun Telegram terlebih dahulu.

1- Buka telegram anda seperti biasa dan dibahagian ruangan “search” atau carian, taip “botfather“.

2- Pilih “BotFather” seperti dalam rajah dibawah.

3- Klik butang “Start“.

4- Sila pilih arahan/command “/newbot”

5- Sila masukkan nama bot anda. Nama bot adalah umum dan boleh dalam bentuk ayat ringkas dan tekan enter atau send.

6- Langkah seterusnya adalah memilih username atau nama pengguna untuk bot anda. Username mesti diakhiri dengan bot, contoh “hazratspecial_bot” dan tekan enter/send.

7- Sekiranya username anda diterima, anda akan mendapat paparan seperti dibawah. Sekiranya tidak berjaya, anda diminta untuk menukar username sehingga berjaya. Sila salin/copy kod API untuk tindakan seterusnya.

8- Sehingga tahap ini, pastikan anda telah salin/copy kod API bot anda. Seterusnya, di bahagian carian/search, masukkan “manybot“. Pilih “Manybot” seperti dibawah.

9- Klik butang “Start“.

10- Pilih menu “Create a New Bot“.

11- Memandangkan kita telah menyiapkan langkah 1 hingga 3 dalam arahan dibawah, terus keapda langkah keempat. Pilih “I’ve copied the API token“. Sekiranya kita tidak pasti samaada kita telah menyalin kod API, sila ke bot “BotFather” semula.

12- Paste kod API atau API token dan tekan enter/send.

13- Sekiranya anda paste API token yang betul, anda akan menerima mesej seperti dibawah.

14- Masukkan sedikit penerangan tentang bot anda dan tekan enter/send.

15- Tahniah, bot ada telah berjaya dicipta. Sila simpan pautan/link kepada bot anda.

16- Bot anda telah sedia untuk di akses oleh semua pengguna Telegram.

17- Tamat bahagian 1. Kita akan mula menguruskan arahan/command serta menu di bahagian 2. InshaAllah.

Sambungan bahagian 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *