Apa Yang Menarik Dalam IOS11 – Rakaman Skrin iPad (iPad Screen Recording)

Rakaman Skrin iPad atau “iPad Screen Recording” adalah satu fungsi dimana kita boleh merakam semua aktviti atau operasi yang dilakukan pada iPad. Sebagai contoh, sekiranya kita ingin membuat tetapan internet (wifi)  kita perlu mencari ikon tetapan (setting) seterusnya pergi ke pilihan “Wi-Fi” dan seterusnya pilih akses yang kita kehendaki. Proses ini lebih mudah ditunjukkan melalui video. Dan video yang menunjukkan langkah-langkah ini boleh dibuat secara rakaman skrin iPad. Sebelum ini, rakaman skrin iPad boleh dibuat menggunakan aplikasi Quicktime pada Macbook/iMac. Namun, dengan IOS 11, iPad itu sendiri boleh membuat rakaman skrin.

Berikut merupakan cara untuk mengaktifkan fungsi ini dalam iPad dengan IOS 11 :

  1. Tab pada ikon tetapan (Setting)

IMG_3207

2) Pilih menu Control Centre

3) Pilih menu Customize Controls

IMG_3208

4) Pilih “Screen Recording” dan tekan butang “+”

IMG_3209

5) Fungsi “Screen Recording” atau rakaman skrin telah dimasukkan.

IMG_3210

6) Anda boleh mula merakam dan butang rakam ada pada “Control Centre” iPad.

IMG_3211

7) Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *