Perhimpunan Blogger Pendidikan Terbesar Malaysia 2018

Platform blog sebenarnya masih lagi relevan. Ianya begitu berkuasa dalam usaha penyebaran ilmu dalam pembelajaran abad ke-21. Jika anda salah seorang seorang blogger pendidikan, ayuh sertai eduBLOG Meetup #1 yang akan berlangsung pada 19 & 20 Mac 2018 di Cyberjaya, Selangor.

Hari pertama, sesi keynote dimulakan dengan sesi perkongsian bertajuk ‘User Interface & User Experience’ oleh Abdussalam Syahid atau dikenali sebagai Syah. Syah kini berkhidmat sebagai Chief Technology Officer (CTO) bagi web media The Vocket. Beliau juga salah seorang yang terlibat dalam pembangunan web Amanz.my dan juga web sensasi Rotikaya.com.

Sesi keynote kedua, kami bawakan satu tajuk yang semestinya penting untuk anda. SifuAdwords.my akan mehidangkan anda dengan beberapa teknik untuk memastikan blog anda mudah ditemui dan popular di Google. Teknik ini mengabungan penggunaan teknologi seperti Google Adwords, SEO, Google Display dan sebagainya.

Seterusnya sesi petang diteruskan dengan sesi perkongsian secara hand-on dengan tajuk ‘Mobile Blogging’ oleh Cikgu Razif. Beliau akan berkongsikan teknik terkini untuk memudahkan anda menulis blog dengan pantas.

Seterusnya, Cikgu IK akan membawakan beberapa tips untuk anda memperolehi pendapatan tambahan menerusi aktiviti blog. Pengalaman luas Cikgu IK dalam bidang pemasaran digital sudah pastinya akan memberi manfaat yang besar kepada anda.

Cikgu Hazrat akan membawakan tajuk ‘Cloud Hosting & CMS Migration’. Cikgu Hazrat akan bersama para peserta sepanjang 2 hari untuk membimbing anda yang mahu memiliki domain namaanda.com sendiri serta jika anda ingin bertukar platform CMS, contohnya dari Blogger ke WordPress.

Seterusnya kami bawakan satu sesi forum bertajuk Akta, Hakcipta & Etika dalam Penulisan. Tajuk ini begitu penting untuk difahami untuk menyediakan anda menjadi seorang blogger pendidikan profesional.

Hari kedua bermulanya Blog Jam. Semua perserta akan menaiktaraf antaramuka serta teknologi blog masing-masing selama 6 jam. Para peserta akan bantu membantu antara satu sama lain.

Sebagai penutup kami bawakan Zamri Muhammad, penulis buku Tulis Jangan Takut-takut. Beliau akan membincangkan strategi untuk para guru menulis atau berkongsi menerusi blog.

Akhir sekali dilancarkan logo MY Edublog serta satu laman khas menghubungkan semua blog pendidikan di Malaysia. Ianya akan menjadi satu lambang perpaduan para blogger pendidikan Malaysia dan juga sebagai motivasi untuk pertemuan yang seterusnya.

3 golongan yang harus menyertai program ini:

1. Blogger pendidikan yang ingin membuat jaringan dengan rakan-rakan blogger yang lain. Kami mejangkakan 30-50 penyertaan kali ini.
2. Pendidik yang pernah cuba berblog, hilang semangat dan ingin aktif berblog kembali. program ini akan mengembalikan semula motivasi anda.
3. Pendidik yang mahu mula berblog. Anda juga akan bertemu dengan blogger berpengalaman dan sudah tentunya akan berkongsi pengalaman mereka.

Tempat adalah terhad, jangan lepaskan peluang anda. Daftar segera di http://myedublog.info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *