Bina Borang Kedatangan Pelajar Menggunakan Aplikasi Numbers

Kelebihan menggunakan borang kehadiran menggunakan Numbers adalah kita boleh meletakkan fungsi “Tick” atau ” Checked box symbol” pada cell untuk memudahkan urusan menanda pelajar yang hadir ke kelas.

Contoh :

File_000

Berikut merupakan langkah mudah untuk menyediakan borang kehadiran menggunakan aplikasi Numbers :

  • Bagi memudahkan  proses membina borang kehadiran ini, saya mencadangkan kita menggunakan Numbers melalui laman web www.icloud.com yang diakses dari komputer (PC) atau laptop. Borang kehadiran ini juga boleh dibuat melalui iPad namun proses dan cara mungkin sedikit sukar. Namun tidak jauh beza.
  1.  Buka www.icloud.com dan log masuk menggunakan Apple ID.Screenshot 2017-02-07 09.16.08
  2. Buka aplikasi Numbers.Screenshot 2017-02-07 09.17.08
  3. Pilih “+” untuk Create Spreadsheet.Screenshot 2017-02-07 09.18.27
  4. Pilih templet “Attendance” dalam ketegori Education.Screenshot 2017-02-07 09.18.42
  5. Sila kemaskini beberapa maklumat seperti dibawah. Double Click atau Right Click untuk kemaskini.Screenshot 2017-02-07 09.19.15
  6. Tekan butang “+” untuk menambah Sheet baru. Kemaskini nama Sheet tersebut dan padam Table yang sedia ada.Screenshot 2017-02-07 09.26.20
  7.  Ubahsuai Sheet yang pertama menjadi seperti mana yang dikehendaki, Copy [CTRL C]semua dan Paste [CTRL V] pada Sheet yang lain. Screenshot 2017-02-07 09.29.46
  8. Masukkan maklumat pelajar seperti Nama dan Nombor Pelajar. Masukkan maklumat untuk semua kelas.Screenshot 2017-02-07 09.33.56
  9. Borang Kedatangan Pelajar telah siap dan boleh diakses di iPad melalui iCloud.Screenshot 2017-02-07 09.40.00
  10. Tahniah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *