Kuiz Interaktif #2 Quizlet

Quizlet merupakan aplikasi kuiz interaktif yang menfokuskan kepada kuiz berbentuk terma (terms) dan maksud atau penerangan (description). Ia amat sesuai digunakan untuk memperkenalkan sesuatu terma baru berserta maksud untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Pelajar boleh mengulangkaji secara Flashcard, membaca, mendengar, membuat ujian dan macam-macam lagi. Yang lebih menarik adalah, Quizlet juga boleh dibuat secara live didalam kelas.

Menyokong perkakasan :

apple_mk6j2ll_a_16gb_ipad_mini_4_1185435komputer

Perisian/Aplikasi atau Laman Web Terlibat :

Pelajar : https://quizlet.com/live (Live Quiz) atau https://quizlet.com/_2f5p4p (URL) yang dikongsi oleh guru untuk rujukan dan ulangkaji.

img_2290

Antaramuka Quizlet Live.

img_2294

Antaramuka Study Set yang telah disiapkan oleh Guru untuk rujukan dan ulangkaji peajar.

Guru : http://quizlet.com atau aplikasi Quizlet dari Apps Store (Mencipta Study Set)

screen-shot-2016-12-18-at-11-00-18-pm

Antaramuka Quizlet yang dibuka melalui komputer.

1024-z7pw Icon Quizlet Apps dari Apple Store

*Guru perlu mendaftar untuk membolehkan guru mencipta Study Set di dalam Quizlet.

Bahagian Guru

1 – Guru perlu buka www.quizlet.com atau menggunakan aplikasi Quizlet yang terdapat dalam iPad. *Rujukan dibawah adalah yang dibuat melalui pautan www.quizlet.com. Klik pada pautan Log In. Setelah itu, pilih samaada ingin Log Masuk menggunakan Akaun Gmail atau Akaun Facebook. Sekiranya Guru tidak mempunyai mana-mana dari akaun tersebut, sila klik pada  pautan Sign Up untuk mendaftar.

1

2 – Guru perlu melengkapkan maklumat pendaftaran dan klik Create Account.

2

3 – Untuk menggunakan perkhidmatan Quizlet secara percuma, Guru perlu klik pada pautan “Or continue to free Quizlet” sebaliknya, jika Guru ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih, Guru boleh melanggan pakej berbayar.

3

4 – Seterusnya, Guru boleh memulakan dengan mencipta Study Set yang pertama. Sila klik pada pautan Create a study set.

4

5 – Guru perlu memasukkan maklumat ke dalam ruang yang disediakan. Maklumat yang diperlukan adalah Tajuk (Title), Terma-terma (Terms) dan Maksud kepada terma tersebut (Definition). Dinasihatkan, Guru perlu menyediakan maklumat ini lebih awal bagi memudahkan proses mencipta Study Set. Sila taip terma dan definisi dalam aplikasi Pages sebelum mencipta Study Set di Quizlet. Setelah selesai, sila klik pada pautan Create.

5

6 – Seterusnya, Guru boleh berkongsi Study Set ini dengan pelajar. Tujuan perkongsian ini adalah untuk membenarkan pelajar explore sendiri Study Set ini sebelum mereka menjawab Kuiz. Klik pada pautan share untuk mendapatkan URL bagi Study Set tersebut.

6

7 – Guru mempunyai lebih pilihan cara untuk berkongsi, diantaranya adalah melalui penghantaran emel, salinan pautan (link), berkongsi dalam dalam aplikasi Google Classroom, berkongsi di Facebook atau Twitter atau berkongsi melalui AirDrop. URL/LINK atau pautan ini akan diberikan kepada pelajar.

7

8 – Apabila pelajar buka pautan yang diberikan oleh Guru, pelajar tersebut boleh mula belajar dan mengulangkaji tanpa mengubah sebarang maklumat.

img_2294

9 – Sekiranya Guru ingin membuat Kuiz di dalam kelas secara Live, sila pilih Study Set yang berkenaan dan klik pada pautan Live. Pada masa yang sama minta pelajar untuk buka www.quizlet.live dari iPad masing-masing dan tunggu kod yang akan diberikan oleh Guru.

8

10 – Setelah klik pada pautan Live, klik pada Create Game dan tunggu sehingga kod muncul. Seterusnya berikan kod ini kepada pelajar dan setelah pelajar masukkan kod, Guru boleh lihat senarai pelajar yang telah bersedia untuk melakukan kuiz.

10

Antaramuka Quizlet Live.

9

Antaramuka Kod untuk penyertaan Kuiz.

img_2290

Antaramuka iPad pelajar.

11 – Guru boleh memulakan Kuiz setelah semua pelajar telah bersedia.

Semoga berjaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *