Kuiz Interaktif #1 Kahoot

Kahoot merupakan kuiz interaktif yang amat menarik. Pelajar akan berlumba-lumba menjawab dengan betul dan pantas untuk mendapatkan markah maksimum.

Menyokong perkakasan :

apple_mk6j2ll_a_16gb_ipad_mini_4_1185435 komputer

Perisian/Aplikasi atau Laman Web Terlibat :

Pelajar : https://kahoot.it (Bermain Kahoot)

Screen Shot 2016-08-18 at 9.29.30 AM

Guru : https://getkahoot.com/ (Mencipta Permainan)

Screen Shot 2016-08-18 at 9.29.53 AM

*Guru perlu mendaftar untuk membolehkan guru mencipta permainan Kahoot.

Bahagian Guru

1 – Setelah guru mendaftar, ini merupakan paparan untuk guru menguruskan kuiz yang dibuat. Guru boleh mencipta seberapa banyak kuiz dengan mempunyai seberapa banyak soalan. Pautan Quiz merujuk kepada pautan untuk memulakan mencipta kuiz dan My Kahoots merujuk kepada senarai kuiz yang telah dicipta.

screen-shot-2016-09-16-at-11-52-47-am

2 – Guru perlu memasukkan maklumat mengenai Kuiz yang ingin dicipta. Maklumat yang wajib diisi adalah Tajuk Kuiz, Penerangan Kuiz dan Pilihan Peserta atau Pelajar. Maklumat lain adalah pilihan. Guru juga boleh memasukkan imej sebagai hiasan.

screen-shot-2016-09-16-at-11-53-06-am

3 – Setelah selesai memasukkan maklumat kuiz, guru boleh mula memasukkan soalan kuiz. Maklumat yang wajib diisi adalah Soalan, Jawapan sekurang-kurangnya 2.Guru juga perlu memasukkan time limit dan point sekiranya ada. Guru juga boleh memasukkan imej atau video sebagai media tambahan untuk soalan tersebut. Sila pilih jawapan yang betul dan jawapan yang betul boleh terdiri lebih dari satu.

screen-shot-2016-09-16-at-12-02-10-pm

4 – Setelah selesai memasukkan semua maklumat soalan. Guru boleh memulakan kuiz. Guru boleh pilih mode permainan iaitu Player vs Player 1 : 1 Devices bermakna setiap pelajar mempunyai alat setiap seorang atau mode Team vs Team Shared Devices untuk pelajar yang berkongsi alat.

screen-shot-2016-09-16-at-11-54-10-am

5 – Setelah itu, minta pelajar masukkan Game Pin yang diberikan secara automatik.

screen-shot-2016-09-16-at-11-54-25-am

6 –  Setelah semua pelajar log masuk, guru boleh tekan pautan Start untuk memulakan kuiz.

screen-shot-2016-09-16-at-2-57-42-pm

7 – Guru boleh melihat semula semua kuiz yang dibuat dan guru boleh memainkan mana-mana kuiz yang perlu.

screen-shot-2016-09-16-at-11-53-47-am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *