Salin Fail Dari Komputer/Pendrive Ke iPad

Sebelum kita menyalin fail ke dalam iPad, kita perlu mengetahui terlebih dahulu, fail berjenis apa yang dibenarkan disimpan di dalam iPad. Dalam erti kata lain, iPad tidak mempunyai folder yang boleh menyimpan apa sahaja fail seperti dalam komputer atau tablet kebanyakan di pasaran. Setiap fail memerlukan aplikasi (apps) tertentu untuk membukanya. Sebagai contoh, dalam komputer biasa, kita memerlukan Perisian Microsoft Office Powerpoint untuk membuat fail Powerpoint atau fail .ppt. Manakala di dalam iPad kita memerlukan apps atau aplikasi Microsoft Office Powerpoint untuk membuka fail tersebut. Dalam erti kata lain, hanya fail yang mempunyai aplikasi (apps) yang menyokongnya sahaja dibolehkan dipindahkan ke dalam iPad. Tidak semua fail boleh dipindah ke dalam iPad. Namun kebanyakan fail-fail penting dan familiar yang biasa digunakan boleh dibuka dan dipindahkan ke dalam iPad.

Terdapat beberapa aplikasi (apps) yang terdapat di dalam iPad yang similiar dengan perisian Microsoft Office yang biasa kita gunakan. Aplikasi (apps) ini dianggap sebagai productivity apps yang digunakan dalam kebanyakan tugasan. Terdapat 3 aplikasi (apps) dalam iPad yang menjalankan fungsi yang setara dengan Microsoft Office iaitu Keynote, Numbers & Pages dan merupakan pengganti kepada Powerpoint, Excel dan Word. Aplikasi (apps) ini diberi secara percuma. Kita juga boleh memuat turun aplikasi Microsoft Office ke dalam iPad dengan sejumlah bayaran.

Office-vs-iWork-icons

Terdapat beberapa kaedah pemindahan fail dari komputer/pendrive ke dalam iPad iaitu melalui storan cloud atau emel.

Berikut merupakan 2 pilihan yang mudah difahami :

Files Transfer.001

Files Transfer.002

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *