Program Hackathon – eAspirasi Immersion Programme 2016

eAspirasi adalah satu inisiatif untuk menggalakkan  pelajar yang cemerlang dalam SPM untuk mendaftar ke kursus ICT di peringat pengajian tinggi. Program ini menyasarkan sekolah-sekolah terbaik di Malaysia melalui kerjasama dengan industri dan Institusi Pengajian Tinggi. Pelajar yang berminat perlu melalui beberapa fasa sebelum melayakkan mereka menjadi pemenang dan diterbangkan ke Silicon Valley di California. Berikut merupakan fasa yang telah dirancang kepada pelajar MRSM.

timeline

Antara gambar semasa program Hackaton di MRSM Merbok :

IMG_1743 IMG_1733 IMG_1731 IMG_1727 IMG_1718 IMG_1720IMG_1793

Pada pandangan saya, terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki oleh pihak MDEC dan pihak penganjur memandangkan sambutan bagi program ini tidak mencapai tahap yang memuaskan. Di pihak sekolah, kami menganggap program ini gagal dan kecacatannya amat jelas perlu diperbaiki. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tentang perancangan. Perancangan yang rapi dan teliti perlu dibuat bagi memastikan setiap maklumat diterima lebih awal untuk proses persediaan di pihak sekolah. Kerjasama dengan BPM Mara amat diperlukan. Perkara yang kedua adalah tentang lokasi program. Lokasi program yang dijalankan di zon utara adalah di MRSM Merbok dan semasa program berlangsung, bekalan air mempunyai masalah sekaligus memberi kesan negatif kepada semua peserta. Perkara yang ketiga adalah peserta yang dipilih adalah dikalangan pelajar tingkatan 5. Di MRSM pelbagai perancangan telah dibuat untuk pelajar tingkatan 5, program-program seperti ini dianggap menggangu perjalanan program akademik sedia ada. Adalah lebih baik sekiranya progam ini melibatkan pelajar tingkatan 4. Secara kesimpulan, program ini dirangka dengan baik sekali namun, atas kekangan masa dan pemilihan peserta yang kurang tepat, menjadikan program ini kurang mendapat sambutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *