Langkah #4 – Daftar Apple ID Tanpa Perlu Maklumat Kredit Kad

Bagi iPad gunasama seperti di MRSM Kepala Batas, Apple ID yang didaftarkan sebolehnya tidak mahu melibatkan maklumat peribadi terutamanya maklumat kad kredit. Bagi yang memilih untuk mendaftar Apple ID melalui laman web https://appleid.apple.com/, maklumat kad kredit diperlukan semasa proses pendaftaran dan pengesahan. Terdapat kaedah yang boleh digunakan semasa hendak mendaftar Apple ID tanpa memasukkan maklumat kad kredit iaitu pendaftaran melalui pembelian aplikasi percuma di Apple Store di iPad. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti :

1. Buka App Store di iPad dan cari “Chrome”. “Chrome” merupakan salah satu aplikasi percuma,

IMG_0003

2. Klik pada butang Get dan paparan Sign In akan muncul, pilih Create New Apple ID,

IMG_0004

3. Pilih negara “Malaysia”,

IMG_0005

4. Klik pada “Agree” menandakan anda setuju semua terma dan syarat yang ditentukan,

IMG_0006

5. Sekali lagi klik pada butang “Agree“,

IMG_0007

6. Masukkan maklumat yang diperlukan. Pastikan emel yang dimasukkan adalah emel aktif anda.

IMG_0008

7. Setelah selesai masukkan semua maklumat, klik pada butang Next.

IMG_0009

8. Seterusnya, masukkan maklumat pembayaran dan disini akan terdapat opsyen “None” untuk tidak memasukkan maklumat kad kredit. Pilih None.

IMG_0010

9. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.

IMG_0011

10. Klik butang Next setelah selesai mengisi semua maklumat.

IMG_0012

11. Klik Done menandakan proses pendaftaran telah berjaya.

IMG_0013

12. Sila buka emel yang telah didaftarkan dan klik pada Verify Now.

IMG_0014

13. Anda diminta untuk memasukkan Apple ID iaitu emel yang telah didaftarkan berserta katalaluan.

IMG_0015

14. Klik pada butang Continue untuk teruskan.

IMG_0016

15. Pendaftaran Apple ID anda berjaya setelah emel anda telah disahkan. Maklumat “Email Address Verified” menandakan emel tersebut telah berjaya didaftar.

IMG_0017

16. Buka semua App Store dan anda diminta untuk mengisi katalaluan bagi Apple ID.

IMG_0018

17. Buka Setting di iPad, semak menu iTunesU dan App Store dan pastikan maklumat Apple ID anda ada di situ atau anda boleh sign in.

IMG_0019

18. Dan yang terakhir, pastikan akaun iCloud juga di log masuk menggunakan Apple ID yang sama di Setting, menu iCloud.

IMG_0020

Semoga Berjaya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *