Apa Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Memulakan Projek Video Pendek Menggunakan iPad

  1.  Topik
    1. Sila kemukan topik yang jelas kepada pelajar untuk pelajar mencari maklumat yang berkaitan. Sila sediakan iPad untuk pelajar mencatat maklumat yang ingin disampaikan ke dalam video. Contoh : Sunnah Rasulullah Ketika di Bulan Ramadhan, Adab-adab belajar menurut Imam Al-Ghazali dsb.
  2. Timeline
    1. Pelajar perlu jelas setiap proses yang perlu dilakukan dan tempoh masa yang diperlukan. Sebagai contoh, 3 sesi kelas diperuntukan untuk 1 projek. Kelas pertama untuk pelajar mencari maklumat dan menyediakan keynote. Kelas kedua untuk pelajar mula membuat rakaman dan seterusnya membuat editing pada kelas ketiga sehingga projek siap. Projek yang telah siap dieksport perlu dihantar (airdrop) pada kelas ketiga.
  3. Perisian Aplikasi
    1. Bincangkan dengan pelajar tentang aplikasi asas yang akan digunakan. Sebagai contoh, aplikasi Camera untuk merakam video, aplikasi Garageband untuk merakam audio dan membuat muzik, aplikasi Photos tempat hasil rakaman disimpan, aplikasi iMovie untuk membuat editing video. Pelajar juga digalakkan menggunakan aplikasi lain yang bersesuaian.
  4. ProsesPelajar perlu fahami proses yang terlibat dalam pembikinan video pendek menggunakan iPad. Proses tersebut merangkumi proses merakam audio dan video, proses editing, proses mengeksport video dan proses memindahkan video yang telah siap ke iPad/Komputer guru.
  5. Ralat Yang Biasa Dilakukan Oleh Pelajar
    1. Menutup lubang mikrofon semasa merakam.
    2. Jarak iPad dan jurucakap terlalu jauh.
    3. Pencahayaan yang kurang tepat.
    4. Lokasi yang tidak sesuai.
    5. Posisi kamera, landscape atau portrait.
    6. Pengurusan masa yang tidak cekap.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *