Pembangunan Aplikasi Mobil Android (Apa Yang Perlu Anda Sediakan?)

Keperluan Perisian & Perkakasan :

2 Perisian yang biasa digunakan untuk membangunkan aplikasi mobil Android adalah :

  1. MIT App Inventor (sistem pembangunan atas talian/online)
  2. Android Studio (perisian pembangunan luar talian/offline)

android-studio

Logo Android Studio

mit app inventor

Logo MIT App Inventor

Bagi yang baru ingin memulakan pembangunan, MIT App Inventor adalah medium yang terbaik memandangkan ia menggunakan blocks menggantikan bahasa pengaturcaraan (programming language) membuatkan ianya amat sesuai bagi pembangun yang tidak mempunyai latar belakang Sains Komputer dan Pengaturcaraan. Android studio pula menggunakan bahasa pengaturcaraan khas semasa proses pembangunan dan proses membangunkan aplikasi adalah sedikit rumit.

android-studio-2

Antaramuka pembangunan menggunakan Android Studio

Screen-Shot-2014-11-23-at-5.36.21-PM

Antaramuka pembangunan menggunakan MIT App Inventor

Bagi yang ingin menggunakan MIT App Inventor, klik disini dan pengguna perlu mendaftar atau menggunakan akaun gmail  untuk log masuk. Pelayar Chrome diperlukan untuk membuka pautan tersebut. Ini bermakna, pembangun boleh menggunakan apa sahaja jenis komputer samaada desktop, laptop mahupon Macbook dengan kelengkapan pelayar Chrome didalamnya. Talian internet diperlukan sepanjang proses pembangunan. Bagi yang ingin menggunakan Android Studio, anda perlu muatturun perisian percuma kedalam komputer anda. Perisian ini disediakan dalam 2 perkitaran iaitu untuk komputer Windows dan OS. Ini bermakna pembangunan aplikasi juga boleh dibuat menggunakan Macbook atau iMac selain dari komputer biasa. Muatturun perisian disini.

 Telefon pintar Android digunakan semasa proses pengujian. Sekiranya tiada, pembangun boleh menggunakan Emulator iaitu telefon pintar Android maya didalam komputer dan perlu diinstall. Perisian aiStarter diperlukan untuk proses pengujian melalui Emulator ini. Sila klik disini untuk maklumat lebih lanjut. Bagi yang ingin menggunakan Telefon pintar Android untuk pengujian, pembangun perlu memasukkan aplikasi MIT AI2 Companion yang boleh dimuatturun secara percuma dari Google Play Store.

media_1386106969078

MIT Ai2 Companion di Google Play Store

MIT App Inventor 3

Emulator atau Telefon Pintar Android Maya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *