Pros & Cons “Reset & Erase All Settings” Dalam iPad

Semasa iPad tiba di MRSM Kepala Batas, setiap iPad telah dimasukkan aplikasi iWork (Pages, Numbers & Keynote) dan iLife (Garageband & iMovie) serta iTunesU dan IOS pada waktu adalah versi x.xx, semasa proses pendaftaran Apple ID, beberapa iPad mengalami ralat dan terpaksa untuk “Reset & Erase All Settings” sebagai salah satu jalan penyelesaian dan setelah reset, pendaftaran Apple ID dibuat semula dan berjaya. Setelah proses reset, IOS terkini adalah versi y.yy. Namun, aplikasi iWork & iLife juga terpadam. Tidak menjadi masalah untuk mendapatkan semula aplikasi (apps) berkenaan dari Apps Store secara percuma walaupun di Apps Store, setiap aplikasi tersebut mempunyai harga. Hanya perlu klik get untuk mendapatkannya. Perlu diingat, internet yang laju diperlukan untuk memuat turun kesemua aplikasi ini.

Setelah itu, IOS pada setiap iPad akan disemak untuk memastikan ia menggunakan IOS yang terkini. Semasa proses ini, iPad yang telah direset mempunyai IOS versi yang lebih hampir dengan IOS terkini dan ini menyebabkan proses kemaskini lebih cepat berbanding dengan iPad asal yang diterima dari pembekal. Jadi, tidak perlu risau sekiranya tempoh yang diambil untuk kemaskini IOS berbeza kerana ia bergantung kepada IOS semasa yang digunakan dan dalam kes ini, iPad asal dari pengeluar dan iPad yang direset mempunyai IOS yang berbeza dan akhirnya semua iPad ini akan dikemaskini untuk mendapatkan IOS yang terkini iaitu z.zz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *