Menyembunyikan Maklumat Dalam Kod QR (QR Code)

Kod QR (singkatan frasa Inggeris quick response) adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994.Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kod_QR

Cadangan implementasi : Semua subjek

Keperluan : QR Reader for iPad (apps)

Screen Shot 2016-05-22 at 1.15.03 PM

Laman web : http://www.qr-code-generator.com/ (QR Code Generator)

Cara implementasi :

  1. Buka laman web QR Code Generator untuk mengkodkan apa sahaja perkataan yang hendak disembunyikan dalam bentuk QR Code. Pilih opsyen URL, BCard, Text, Email dan lain-lain. Contoh : Malaysia merdeka pada tahun 1957.Screen Shot 2016-05-22 at 1.18.44 PM
  2. Muatturun imej QR Code yang telah dijana (generate) dan sedia untuk discan menggunakan aplikasi QR Reader di iPad.static_qr_code_without_logo 6
  3. Perkataan yang tersembunyi di sebalik QR Code ini akan boleh dilihat menggunakan QR Reader.

IMG_1629

IMG_0002 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *