Langkah #3 – Setup Emel Apple ID Di iPad

Setelah kita memahami mengapa perlunya emel iaitu akan digunakan untuk mendaftar Apple ID, kita perlu pastikan emel ini sentiasa aktif dan mudah dicapai. Sebarang maklumat mengenai pendaftaran Apple ID akan dihantar ke akaun emel yang didaftarkan sebagai Apple ID. iPad telah menyediakan aplikasi (apps) Mail  bagi memudahkan pengguna iPad untuk mendaftar akaun emel masing-masing. Aplikasi ini menyokong beberapa penyedia emel (email provider) seperti iCloud, Microsoft Exchange, Google, Tahoo, AOL, Outlook.com dan lain-lain. Di MRSM Kepala Batas, kami menggunakan Gmail dari Google sebagai emel yang akan digunakan sebagai Apple ID. Berikut merupakan prosedur untuk setup atau mendaftar emel yang akan digunakan sebagai Apple ID dalam aplikasi (apps) Mail di iPad.

Pilih aplikasi (apps) Mail di dock.

1

Kemudian, pilih penyedia emel (email provider) anda.

2

Masukkan emel dan tekan butang next.

3

Masukkan katalaluan dan tekan butang next.

4

Anda perlu membaca dan membuat pengesahan menerima semua terma dan syarat yang diberikan. Tekan butang Accept.

5

Sekiranya ini adalah kali pertama anda log masuk (log in) ke emel ini, anda dikehendaki menukar kata laluan. Tekan pada butang next.

6

Tekan save untuk pilihan komponen yang hendak di sync. Biarkan ketetapan asal.

7

Tahniah. Pendaftaran emel berjaya setelah anda dapat melihat peti masuk (inbox) emel anda.

8

  • Anda boleh mendaftar seberapa banyak akaun emel di dalam aplikasi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *