Langkah #2 – Setup iPad Baru Tanpa Apple ID

Untuk makluman, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk setup iPad untuk kali pertama. Prosedur ini juga mungkin sedikit berbeza antara model iPad. Berikut merupakan kaedah mudah tanpa memasukkan Apple ID semasa proses setup.

Keperluan :

  1. iPad baru (Baru keluar kotak).
  2. Talian internet.

 

 

Paparan pertama selepas On iPad buat kali pertama.

1

Kata aluan “Hello” dalam pelbagai bahasa. Swipe untuk memulakan.

2

Pilih pilihan bahasa “English” kerana terma yang familiar dan mudah difahami adalah dalam bahasa Inggeris.

3

Pilih negara “Malaysia” sebagai pilihan.

4

Pilih talian internet. Masukkan katalaluan sekiranya ada.

5

Pilih “Set Up as New iPad“.

6

Pada paparan ini, sila pilih “Skip This Step” memandangkan kita tidak ingin memasukkan Apple ID.

7

Pilih “Don’t Use” sebagai pengesahan.

8

Pilih “Agree” untuk setuju menerima Terms and Conditions yang ditetapkan.

9

Pilih “Agree” untuk pengesahan.

10

Paparan “Create a Passcode” bagi iPad yang ingin menggunakan kata laluan.

11

Pilih “Don’t Add Passcode” kerana iPad gunasama tidak digalakkan menggunakan passcode. Dan pilih “Continue“.

12

Pilih “Don’t Send” pada paparan Diagnostics.

13

Tahniah. iPad anda telah siap disetup buat kali pertama. Sila pilih “Get Started“.

14

Paparan iPad dan Aplikasi pre-installed.

15

Untuk mengubah nama iPad, sila pilih aplikasi Settings. Di bahagian General, pilih About.

Icon Setting

16

Pilih Name.

17

Ubah nama iPad dan klik Done.

18

Nama iPad penting bagi iPad gunasama seperti di MRSM Kepala Batas. Proses mendaftar Apple ID akan lebih mudah sekiranya iPad ini telah disetkan nama bagi iPad masing-masing.

Contoh :

Screen Shot 2016-05-14 at 12.25.17 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *