Setup Emel Untuk Apple ID – Persediaan Sebelum iPad Tiba

Apa itu emel dan Apple ID?

Seperti yang kita sedia maklum, emel merupakan platform untuk menghantar maklumat multimedia seperti teks, audio, video dan fail menerusi talian internet. Terdapat pelbagai syarikat yang memberi kemudahan emel secara percuma dan yang paling terkenal adalah Google Corp. iaitu Gmail. Selain itu, terdapat juga Yahoo Mail oleh Yahoo inc., Office 365 oleh Microsoft dan lain-lain. Kebanyakan institusi menggunakan domain sendiri untuk mendaftar emel bagi ahli institusi tersebut seperti MARA dan MRSM Kepala Batas itu sendiri. Di peringkat MARA, kami menggunakan emel, contoh hazrat@mara.gov.my sebagai emel rasmi menggunakan perkhidmatan Office 365 dan di MRSM Kepala Batas, contohnya hazrat@mrsmkbts.edu.my sebagai emel rasmi menggunakan perkhidmatan Google for Education. 

Emel tidak hanya digunakan sebagai medium komunikasi atau penghantaran maklumat dan perkongsian fail, emel juga digunakan sebagai ID atau pengenalan untuk mendaftar ke dalam sesuatu sistem. Antara sistem yang popular pada masa sekarang adalah Social Network System seperti Facebook dan lain-lain. Pengguna perlu menggunakan emel yang sah dan aktif untuk mendaftar. Begitu juga dengan Apple Inc., setiap pengguna produk Apple tidak kira iPhone, iPod, iPad atau Macbook perlu mendaftar emel sebagai Apple ID. 1 orang pengguna hanya perlu mendaftar 1 Apple ID dan boleh digunakan pada semua peranti Apple yang dimiliki. Malah, dengan hanya menggunakan 1 Apple ID di semua peranti akan membolehkan setiap peranti akan synchronize. 

Bagi Projek iPad Dalam PdP ini, isu penting yang perlu dibincangkan adalah bagaimana untuk mendaftar Apple ID kepada semua iPad ini dan emel siapa/apa yang akan digunakan. Dengan mengambilkira iPad ini merupakan iPad gunasama, adalah tidak sesuai sama sekali menggunakan emel peribadi untuk didaftarkan sebagai Apple ID.

Di MRSM Kepala Batas, kami bercadang untuk create emel baru untuk setiap iPad untuk dijadikan Apple ID. Bermula dari langkah ini, kami telah menyediakan 1 direktori khas menyimpan semua maklumat penting seperti nama iPad, emel & kata laluan emel, Apple ID (yang juga merupakan emel) & kata laluan Apple ID dan maklumat-maklumat lain yang digunakan semasa proses pendaftaran Apple ID. Dinasihatkan kata laluan bagi emel dan Apple ID sebolehnya sama. 

Penyelaras projek merupakan pentadbir emel di MRSM Kepala Batas menggunakan domain @mrsmkbts.edu.my sebagai emel bagi iPad-iPad ini. Mendaftar emel bukanlah sesuatu perkara yang sukar sekiranya penyelaras diberi kuasa penuh sebagai pentadbir emel, pentadbir boleh create, edit atau delete akaun emel yang diperlukan. Bagi penyelaras yang tidak mempunyai keistimewaan sebagai pentadbir emel, bolehlah meminta bantuan pegawai yang bertugas untuk create emel bagi iPad tersebut.

Contoh antaramuka pentadbir emel bagi Gmail. 

Screen Shot 2016-05-14 at 2.13.18 PM

 

Contoh senarai semak yang dibuat di MRSM Kepala Batas.

Screen Shot 2016-05-14 at 2.29.49 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *