Langkah #1 – Setelah iPad Sampai Ke Sekolah

Setelah semua item diterima, sila pastikan segala proses pembayaran dan penerimaan dokumen telah lengkap dan turunkan tandatangan sebagai pengesahan. Jangan lupa untuk mengambil salinan bagi pihak sekolah. Biasanya dokumen yang terlibat adalah resit, dokumen penghantaran (delivery order) dan inbois (invoice). Setelah itu, proses seterusnya adalah seperti berikut :

 

 

 

 

1) Sila pastikan setiap item mempunyai nombor siri di item (iPad) sama dengan nombor siri di dalam dokumen.

1

  • Nombor siri di dalam dokumen (resit).

2

  • Nombor siri pada item (iPad).

 

2) Seterusnya, pastikan setiap item (iPad) lengkap dengan aksesori yang diberikan.

3

  • Satu set iPad dilengkapi dengan kabel dan kepala pengecas.

 

3) Buatkan label sementara (temporary label) bagi memastikan setiap iPad yang disemak, dicatat dengan baik.

4

  • Label pada iPad. Contoh iPad1

5

  • Label pada kotak iPad.

Setelah selesai melabel iPad dan kotak masing-masing. Simpan di tempat yang selamat dan berkunci. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *