Sebutharga Dan Spesifikasi iPad

Tidak lengkap kertas kerja sekiranya tidak disertakan dengan Sebutharga atau Quotation. Berbeza dengan item dari jenama lain, Apple mempunyai harga tetap yang dikenakan oleh setiap jurujualnya yang berdaftar (Authorized Reseller). Contoh AR Apple yang terkenal adalah Switch. Jadi, tidak ada keperluan untuk kita mendapatkan sebutharga lebih dari satu AR. Cuma kelebihan yang kita akan dapat adalah harga pendidikan (Education Price) yang secara umumnya diskaun sebanyak lingkungan RM70 bagi setiap iPad. Ini adalah kelebihan yang tidak boleh dilepaskan.

Selain dari itu, ia adalah atas budi bicara syarikat tersebut untuk memberi hadiah seperti Screen Protector atau Cover. Item tersebut tidak dimasukkan dalam keperluan utama namun ia adalah penting. Di MRSM Kepala Batas, syarikat pembekal bersetuju untuk memasang screen protector secara percuma dan Penyelaras merancang untuk membuat tuntutan semula GST lebih kurang RM90 setiap unit iPad untuk membeli cover. Idea ini adalah spontan namun agak relevan.

Setelah jelas mengenai pembelian iPad secara umum, sila dapatkan contact wakil AR yang terdekat untuk memulakan proses perbincangan dan sebaiknya kita telah membuat sedikit kajian tentang spesifikasi iPad yang akan dibeli agar memudahkan urusan bersama pembekal. Sila kemukakan maklumbalas disini untuk mendapatkan contact pembekal di MRSM Kepala Batas.

Untuk menjalankan survey awal, eloklah sekiranya kita lihat dulu katalog yang terdapat dalam Apple Store untuk Education PriceAmbil masa untuk melihat perbezaan setiap jenis iPad dan harga yang ditawarkan. Antara perkara yang perlu diberi penekanan dalam memilih iPad adalah Saiz Fizikal iPad dan Storage iPad (Kapasiti Simpanan Data). Apple menawarkan 3 saiz iPad iaitu 12’9, 9’7 dan 7’9 dan 5 jenis kapasiti storage iaitu 16gb, 32gb, 64gb, 128gb dan 256gb. Setiap model boleh menawarkan saiz dan kapasiti yang berbeza. Sila rujuk disini untuk maklumat lebih terperinci.

Di MRSM Kepala Batas, kami memilih iPad Air dengan storage 32gb tanpa cellular. Kami memilih saiz sederhana untuk paparan yang memuaskan dan storage yang tidak terlalu kecil untuk mengimpan data iaitu fail-fail dan aplikasi. Selain itu, setiap iPad didaftar dengan akaun iCloud dan membolehkan setiap iPad mendapat 5gb online storage sebagai tambahan. Di MRSM Kepala Batas, kami mempunyai kemudahan wifi di mana-mana sahaja. Jadi, cellular bukan satu kepeluan. Untuk makluman iPad dengan cellular bermaksud iPad tersebut dilengkapi dengan slot untuk memasukkan sim bagi mendapatkan internet dari provider yang berbayar seperti Maxis, Digi, Celcom dan lain-lain. Harga bagi iPad yang digunakan di MRSM Kepala Batas adalah RM1619 seunit dengan GST. Menurut pembekal, iPad Air yang dibekalkan kepada kami adalah stok-stok terakhir dan berkemungkinan, iPad versi tersebut tidak lagi terdapat di pasaran. 1 perkara perlu diingatkan, jangan melihat aksesori seperti fingerprint sebagai keperluan kerana iPad ini adalah iPad gunasama dan kebanyakan aksesori tidak diperlukan sama sekali.

Contoh :

Screen Shot 2016-05-14 at 12.37.57 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *