Langkah Awal Sebelum Membuat Keputusan Memulakan Projek iPad Dalam PdP

Sebelum membuat keputusan untuk memulakan projek iPad untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, beberapa perkara perlu dipertimbangkan bagi memastikan pembelian iPad ini tidak menjadi suatu pembaziran. Beberapa persoalan yang akan timbul selari dengan idea perlaksanaan projek iPad Dalam PdP ini.

Kenapa perlu iPad?

Di MRSM Kepala Batas, kami melihat kejayaan pelajar dalam bidang akademik bukanlah indikator utama dalam menilai kejayaan sesebuah sekolah. Komitmen guru yang tidak berbelah bagi, pihak Muafakat yang sentiasa berkongsi buah fikiran yang bernas, sokongan yang hebat dari kakitangan serta kebijaksanaan pihak pengurusan dalam membuat keputusan menjadikan MRSM Kepala Batas sentiasa berada ditahap yang membanggakan. Segala Puji Hanya Bagi Allah untuk setiap kejayaan ini. Namun, kejayaan yang sebenar adalah bilamana kami dapat melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi segala cabaran dan fenomena teknologi yang bakal mereka tempohi sepanjang berada di MRSM Kepala Batas dan setelah mereka meninggalkan MRSM kelak. Kami juga perlu menyediakan satu platform terkawal yang membuka ruang kepada pelajar untuk meningkatkan softskill pelajar dengan menjadikan teknologi sebagai medium terbaik. Dengan penyediaan bahan pembelajaran yang terkini dan interaktif di samping perancangan kawalan yang rapi dapat memastikan pelajar akan menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin dan memberi pengalaman yang tidak boleh diperolehi ditempat lain.

Siapa yang akan menggunakan iPad?

Fasa pertama yang dirancang, 32 unit iPad akan disediakan bagi projek ini. 2 iPad akan disediakan untuk guru dan 30 unit iPad untuk pelajar. 30 merupakan kapasiti maksimum bagi 1 kelas di MRSM Kepala Batas. Namun, setiap guru digalakkan untuk membeli iPad persendirian untuk tujuan projek ini. iPad-iPad ini akan digunakan untuk guru semasa sesi latihan. Namun, bagi fasa-fasa berikutnya, kami merancang untuk mengadakan 1 iPad untuk setiap pelajar disamping membantu guru untuk memperolehi iPad masing-masing melalui pinjaman Koperasi atau pinjaman Komputer  MARA.

Secara umum, proses PdP menggunakan iPad ini melibatkan 1 atau 2 unit iPad untuk kegunaan guru dan 30 unit iPad untuk pelajar untuk satu-satu sesi pembelajaran.

Dari mana dana pembelian akan digunakan?

Ini merupakan persoalan yang penting, dana adalah perkara utama yang perlu sama-sama diperjelaskan. Di MRSM Kepala Batas, setiap pelajar akan membayar yuran komputer semasa di tingkatan 1 dan 4. Selain menggunakan yuran ini untuk tujuan kemudahan ICT pelajar, lebihan yuran ini digunakan bagi menjalankan fasa 1 projek iPad dalam PdP ini. Penggunaan dana adalah perlu teliti bagi memastikan tiada kepincangan  dalam penyalahgunaan dana bagi tujuan yang tidak tepat.

Adakah pihak pengurusan menyokong projek ini?

Sokongan dari pihak pengurusan atasan adalah amat penting. Tanpa sokongan yang konsisten, projek iPad dalam PdP akan terganggu dan kemungkinan ianya hanya angan-angan kosong. Bagi mendapatkan sokongan dari pihak pengurusan terutamanya Pengetua, disarankan agar pihak pengurusan itu sendiri diperjelaskan mengenai kelebihan dan keistimewaan penggunaan iPad dalam PdP atau boleh mengadakan benchmarking di institusi yang telah menjalankan projek ini. Dari situ, sokongan dana akan lebih kukuh.

Siapa yang akan menjadi penggerak utama projek ini?

Persoalan terakhir ini merupakan persoalan yang paling utama. Siapa yang akan menjadi penggerak kepada projek iPad dalam PdP ini. Penggerak utama adalah ia yang akan merancang dan memastikan peracangan dilaksanakan mengikut tatacara yang terbaik. Di MRSM Kepala Batas, seorang guru komputer dan seorang Ustaz yang menjadi penggerak utama bagi projek ini. Segala perbincangan didokumenkan dengan baik dan segala perbincangan haruslah selari dengan kehendak dan jangkaan pihak pengurusan.

Langkah seterusnya adalah penyediaan Kertas Kerja. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *