Kertas Kerja Projek iPad Dalam PdP

Proses kelulusan membuat kertas kerja adalah menjadi mudah sekiranya perbincangan awal dengan pihak pengurusan terutamanya Pengetua telah dibuat. Kertas kerja ini dibuat oleh Penyeleras Projek selaku penggerak utama projek iPad Dalam PdP ini. Kertas kerja ini perlu disemak dan mendapat sokongan sebelum diluluskan oleh Pengawal Pusat atau Pengetua. Berikut merupakan contoh isi kandungan kertas kerja Projek iPad Dalam PdP sebagai rujukan.

Antara isi kandungan Kertas Kerja Projek iPad Dalam PdP adalah :

Tujuan

Merujuk kepada tujuan kertas kerja ini dibuat. Untuk projek ini, tujuannya adalah untuk memohon kelulusan dan peruntukan kewangan.

Latar Belakang

Menceritakan serba sedikit mengenai pengimplimentasi projek yang setara oleh institusi lain. Dalam contoh di MRSM Kepala Batas, kami menjadikan perlaksanaan di SMART MRSM sebagai latar belakang kertas kerja ini. Dan ditambah dengan keperluan kemahiran ICT di kalangan pelajar sebagai persediaan kearah pembelajaran alaf ke-21.

Cadangan

Merupakan figur yang tepat mengenai jumlah item yang terlibat dan sedikit mengenai penggunaannya.

Justifikasi Cadangan

Merupakan objektif sokongan keatas cadangan yang diberikan. Sekiranya ianya berkaitan dengan jumlah, persoalan kenapa jumlah tersebut adalah signifikan dan sekiranya melibatkan sesuatu tahap keperluan (performance & requirement) perlulah diperjelaskan kenapa cadangan tersebut perlu diambil kira.

Implikasi Kewangan

Merupakan usul figur jumlah yang diperlukan untuk projek ini. Lebih bak sekiranya dapat dinyatakan sumber kewangan yang relevan yang boleh digunapakai untuk tujuan projek ini. Tidak perlu terperinci kerana segala perincian akan dimasukkan ke dalam lampiran.

Penutup

Mengulang kembali tujuan kertas kerja ini dibuat dan jumlah peruntukan yang diperlukan bagi tujuan tersebut. Disertakan dengan tandatangan maklumat Penyelaras Projek dengan tajuk “Disediakan oleh:”.

Ulasan (Penyemak)

Ulasan ini merupakan permohonan kelulusan bersama oleh Penyelaras bagi tujuan kertas kerja dibuat dengan sejumlah peruntukan yang diperlukan. Dalam erti kata lain, Penyemak merupakan individu yang turut sama mencadangkan agar permohonan ini diluluskan. Sebagai contoh di MRSM Kepala Batas, kertas kerja ini disemak oleh Naib Pengerusi JK ICT dengan tajuk “Disemak oleh:”.

Sokongan (Penyokong)

Sokongan permohonan kelulusan dengan sejumlah peruntukan yang diperlukan. Pastikan jumlah peruntukan dinyatakan dengan jelas. Diakhir maklumat permohonan, sediakan ruangan (Disokong / Tidak Disokong) sebagai maklumbalas. Di MRSM Kepala Batas, sokongan di buat oleh Pengerusi JK ICT.

Kelulusan

Ini merupakan bahagian yang terpenting dan boleh jadi paling mudah sekiranya persetujuan awal telah dibuat dan kertas kerja dibuat setara dengan perbincangan yang dilakukan. Pengawal Pusat atau Pengetua perlu menandatangani beserta makluman kelulusan diruangan (Diluluskan / Tidak Diluluskan).

Lampiran

Lampiran merupakan maklumat terperinci mengenai perbelanjaan yang diperlukan dan pastikan jumlah adalah sama dengan peruntukan yang dipohon. Lampirkan bersama Quotation atau Sebut Harga bagi item-item yang terlibat.

Langkah seterusnya adalah mendapatkan Quotation atau Sebut Harga sekaligus mengenalpasti spesifikasi iPad yang diperlukan.

Untuk mendapatkan contoh Kertas Kerja Projek iPad Dalam PdP MRSM Kepala Batas, sila kemukakan melalui borang maklumbalas. klik disini.

Kertas Kerja yang telah diluluskan disarankan dibawa ke mesyuarat bagi memastikan setiap ahli setuju dan jelas dengan projek yang bakal dijalankan dan menggalakkan semua ahli mesyuarat bekerjasama dalam memastikan kejayaan Projek iPad Dalam PdP ini. Di MRSM Kepala Batas, kami mengadakan mesyuarat ICT yang mana ahli mesyuarat terdiri daripada semua ahli pengurusan tertinggi, pegawai teknikal dan komputer, ketua-ketua jabatan dan guru media. Berikut merupakan slides berkaitan dengan projek ini. Dan di akhir mesyuarat ini, sedikit demo pembelajaran dan pengajaran menggunakan iPad sebagai penutup mesyuarat.

Mesyuarat ICT.001

Mesyuarat ICT.002

Mesyuarat ICT.003

Mesyuarat ICT.004

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *